[PENGALAMAN] NESCAFE GOLD BLEND Barista Machine: Kopi dalam sentuhan butang

Assalamualaikum,

Dengan NESCAGE GOLD BLEND Barista Machine, korang boleh menikmati kopi ala-kafe dengan hanya sentuhan butang. Tiada kapsul diperlukan hanya memerlukan serbuk kopi yang di beku-kering (freeze dried) dari siri NESCAGE GOLD.

img_0016
The box

Korang boleh dapatkan set ini di Lazada dengan harga promosi RM219 yang dibekalkan oleh Nescafe dengan kerjasama Lazada. Korang akan dapat mesin pembancuh kopi Nescafe Gold Blend Barista Style, 1 botol Nescafe Gold Blend 200g dan pek isian semula 170g dan mungkin susu UHT penuh krim Nestle seperti dalam gambar.

Aku beli set ni masa harga RM249 iaitu dapat 2 botol Nescafe Gold Blend 200g – terima kasi lovely wife =)

img_0018

Ini apa yang korang akan dapat dalam kotak ini.

Sebelum ni aku rasa yang kopi segera (instant coffee) ni rasa dia mendatar dan kurang aroma bila dibandingkan dengan kopi yang dibru di kafe-kafe. Sekarang, pandangan aku mungkin berubah sejak Nescafe memperkernalkan mesin NESCAFÉ® GOLD BLEND® Barista Style, mesin pembancuh kopi serba moden yang mengunakan serbuk kopi mudah larut (soluble) yang menawarkan pengalaman seperti menghirup kopi di kafe-kafe hanya dengan sentuhan butang.

Touch button
Mudah dengan sentuhan butang

Mesin yang mudah digunakan ini mampu menghasilkan kopi espresso dengan krim asli (crema), membawa sensasi rasa kopi sebenar. Sesuatu yang tidak dapat diberikan dengan kopi segera biasa.

Terdapat 5 jenis kopi yang boleh dipilih iaitu terbahagi kepada 2 kategori utama

Nescafe Gold Blend dan Susu Penuh Krim Nestle
Nescafe Gold Blend dan Susu Penuh Krim Nestle

Kopi Hitam

  1. Espresso (kopi hitam dengan sedikit air)
  2. Lungo (dua saiz Espresso)
  3. Americano (Espresso dengan campuran air yang sederhana banyak)

Kopi Susu

  1. Cappuccino (Espresso dengan air dan susu)
  2. Latte Macchiato (Espresso dengan air dan susu yang sederhana banyak)

The recipe

Mesin ini didatangkan dengan dua warna yang menawan iaitu Piano Black dan Metallic Red, aku punya Metallic Red, bukan sahaja memberikan kemudahan malah menambah seri kepada dapur di rumah aku yang memang sedia suram hahaha.

Bekas kopi yang boleh dibuka memudahkan isian semula dan mencuci selepas digunakan. Cara-cara untuk membersihkan dan troubleshoot ada diterankan dengan jelas di dalam manual yang mudah difahami. Pengguna digalakkan untuk mencuci mesin ini selepas beberapa kali penggunaan untuk mengekalkan prestasi dan mengelakkan mesin pembancuh tersumbat.

Buat masa ini, hanya 2 benda yang boleh dimasukkan kedalam mesin ini, serbuk kopi beku kering (freeze dried) dan air. Hanya produk NESCAFE GOLD yang boleh digunakan dalam sistem ini (aku akan cuba untuk gunakan serbuk kopi beku kering dari jenama lain) iaitu NESCAFE GOLD BLEND dan NESCAFE GOLD DECAFFEINATED (kafein dibuang).

Harga mesin ini pada pandangan aku adalah mampu milik kerana terletak di bawah paras RM300 dimana mesin pembancuh kopi menggunakan kapsul rata-rata berharga lebih RM500.

Aku mengesyurkan kepada peminat kopi yang mencari mesin pembancuh kopi yang mampu milik untuk mencuba mesin NESCAFÉ® GOLD BLEND® Barista Style.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dari laman rasmi NESCAFÉ® GOLD BLEND® Barista Style.

Happy Barista-ing!

 

 

 

 

Advertisements

Rasuah – geram pulak aku

Baru lepas baca pasal kes yang mengemparkan seluruh negara iaitu dua penjawat awam di tahan SPRM dan lagi panas lepas baca artikel di Apemazing memang betul si perasuah akan sedaya upaya fight kes yang disabitkan ke atas mereka sampai menang dengan mengupah barisan peguam handalan. Itulah ironinya, kena tahan tapi ada high chance untuk lepas. Sebab apa? sebab mampu untuk lepaskan diri.

Inilah akibatnya banyak tengok siri peguam macam Suits, power cerita tu style pun style. Aku suka cara Harvey Spector dan Mike Ross cari info dan data untuk menang kes yang diorang kena lawan.

p12922729_b_v8_aa

Power

i think i should start a new page

Assalamualaikum..good day,

`deenweirdoz’?! is that name for a site? Are you kidding me?

I’m not actually, that was the name of my old site. Established in my teenage years, I’m still a teenager now but wiser now.

So this going to be my first post for in this WordPress and insyaAllah more will come

This also will be my testing ground to test my writing skills as my job require me to do a lot of report writing even though it not the same in term of style but the objective is still the same..to convey a message

Oh, going to celebrate my 1st wedding anniversary next month insyaAllah..weehoo and sykur to Allah SWT to all HIS blessings.

With a much mature name for the site and Bismillahhirahmanirrahim, I officially open my site

I’m Engaged

Assalamualaikum,

Yes, the title is correct..I’m engaged yo!. Well maybe to some of you it just another person who get engage to another guy or girl.  But for me, it is a very big deal, it seem that my life have started to move part by part and this would be another milestone that I have achieve since 27 years that I was born to this world Alhamdulillah.

Weirdkah?

Aku rasa dah tak weird dah
Kehidupan yang boleh katakan biasa
Aku lalui hari-hari
Ya, kerja di tempat baru
Tetapi fungsi kerja yang sama
Ketua jabatan yang lain dan boleh dikatakkan agak demanding
Apa boleh buat untuk survival
Untuk keperluan menyara hidup sendiri kemudian family jadi itu penting
Apa sahaja alasan ia tetap akan menjadi rutin dan compliment atau pelengkap bagi meneruskan hidup
Pelbagai tuntutan semakin masa melangkah, kalau nak penuhi setiap tuntutan itu apa lagi kalau bukan
bekerja, ye tak?
Saban waktu, kerja akan mengubah diri sendiri tetapi bergantung kepada diri bagaimana nak menahan diri dari berubah
Sibuk? selalu menjadi alasan untuk tidak meluangkan masa untuk keluarga, tanggungjawab sosial kepada rakan-rakan, kepada Maha Pencipta…penafian untuk masa-masa yang precious untuk menjadi seorang insan
Tak betul? terpulang

Apa cerita sekarang?

Assalamualaikum…apa cerita sekarang?

  1. Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2012 sudah published dan banyak sekali loop-holes, incompliances, not so prudent expenses dan lain-lain yang korang rasa tak patut sudah didedahkan.  Kelemahan demi kelemahan didedahkan, aku? tepuk dahi sebab sebagai auditor aku pandang ini sebagai biasa kalau hanya highlight tapi tanpa follow-up sama dengan no-point.  Tapi disebaliknya at least rakyat tahu prestasi kerajaan sekarang.  Selepas itu semua jadi pakar ekonomi dan auditor..syabas!
  2. Dah lama tak main paintball, then pada 28 September lepas  aku dan rakan seperjuangan KL Mayhem (dibantu oleh pejuang-pejuang import) memasuki pertandingan Liga Kampung siri kelima yang di adakan di Sri Awani Paintball, Bandar Baru Bangi.  Pada pendapat aku, field yang selesa, organizing yang power syabas! dan kepuasan tidak terhingga!. Terima kasih
  3. Oh aku akan bertunang lagi beberapa belas hari lagi, pergh..gementar pun ada.  Bak kata mak aku, baru tunang relax uh.  Alhamdulillah, sejak lahir kedunia ini 27 tahun lepas this is one of the achievement that I wouldn’t want or think to be screwed insha Allah. Nak kawin dah ko ye..bak kata mak cik kat sebelah
  4. Sudah 3 bulan aku menjadi staff kepada salah satu anak syarikat GLC di Malaysia.  Berfokuskan kepada project management & implementation  insha Allah, aku akan berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana sebelum ini dan bekerja kuat (nak kahwin doh..kena kerja kuat hahaha)
  5. Antara projek nasional yang aku dah audit semuanya memeningkan kepala, tidak apa itu aku anggap sebagai satu cabaran, bak katan boss aku “Let’s challenge ourself”…haa ye challenge -____-
  6. Duit banyak nak kena simpan dan pada masa yang sama tu jugaklah dia mengalir dengan lajunya..Ya Allah, berikan hamba-Mu ini kekuatan untuk menghadapi salah satu cabaran dalam hidup – Financial stability 

Serai @ Paradigm Mall, Kelana Jaya

Last weekend we head down to Serai @ Paradigm Mall as my little brother wanted to treat us as he has gotten his first salary.  Anyway, I have been to the first Serai branch at Section 3 Shah Alam which is now known as Serai Thai and also to Serai @ Empire, I must say that both restaurant gave me the good dining experience both food and ambient. 
It is located at the Boulevard area, just above Fa Ying by Rama V and beside the Purple Cane.  Afraid not, to find the place will not a hassle for you as there are a lot of signage to help you to go there. 

 We had quite a dinner that night, and we started with the Serai Tasting Platter @RM35, it has mixed of mushroom sauce with couple slice of bread, several stick of chicken and beef satay and fried calamari.  I love this appetizer as we can taste what will they offering before going to their main course. 

Next, we order couple of main dishes and one of them is the Steamed Seabass with Lime @RM72.  I like the fish, the meat taste so fresh and mixed well with the gravy.  With the squeeze of the lime, it amplify the taste.   

Then one of my ultimate favorite for seafood dish is Buttered Prawn (Standard Size) @RM 52 and Deep Fried Honey Squid (Standard Size) @RM20.  The, prawn is at decent size which acceptable for my liking and the buttered egg were done perfectly (again as to my liking). 

Maha Cendol at Bangi

After half day of paintballing and quite a heavy lunch on the beautiful weekend.  We just drove around Bangi to find something sweet which preferably cendol! as being the favourite one of my friends.  The we stumble upon a small stall beside the roadside heading to Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi.

Behold..Maha Cendol as their tag line state that `Keep Calm & Eat Cendol’.  One of the selling point of their cendol which is the usage of Coconut Palm Milk (Santan Kelapa Sawit) instead of the usual Coconut Milk.

The environment of the stall which also serve local malay kuih, laksa and mee kari

Yummy Maha Cendol with…
 Mango bits…ultimate!
and Red coloured sagoo…yumms
I would say this would be one of the nice cendol in Bangi area and they also can be reach via their twitter @MahaCendol
Enjoy!

Ramadhan 1434H


 
Alhamdulillah, the month that we have waiting for has come.  This is the month for us to reflect on what we have did so that we can revisit that so that we can be a better muslim.
 
Insha Allah, this Ramadhan I want to improve myself on reading the Quran and try to understand the gist of it as the Quran is our source for quidance
 
This is the Book about which there is no doubt, a guidance for those conscious of Allah.” (Surah al Baqarah:2)
 
A little bit of tips to whom who want to start reading the Quran and continuously nurture it to become our lifestyle, insha Allah:
  1. Start a daily routing of reading a little bit of Quran with translation, make what work best for you either a half a page, several verses, or a page a day. As long it become our daily dose of the Quran. 
  2. Make sure that we have at least one Quran with the translation depends on your preferred language.
  3. In the age of smartphones, use the technology to our spiritual advantage.  Maybe, you can download any respective Quran app and whenever we have the time, we can simply open the app and read it. 
  4. Start studying the common Surah that we read in Solah so that we can really get deep into it while we’re in Solah, insha Allah. 
  5. Listening to Quran lessons whether it be offline or online, it doesn’t matter.  Make an effort to know and understand the Quran more and more. 
This also will be a reminder to me, as there is much more that we can learn from the Quran.  The thing about Quran is that, it is like an ocean that has no bottom.  Once you dive into this ocean, you’ll just go deeper and deeper.
 
Salam Ramadhan

Kuasa Cinta

Aku tertarik dengan article yang aku baca sambil melayari internet daripada panel penulis JAKIM (maaf aku tidak dapat memberi link sebab dah hilang sebab post ni merupakan draft yang berzaman aku simpan haha.
 
Rasulullah SAW bersabda: “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit ” (Riwayat Tabrani)
 
Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih saying.  Mereka berkata: “Kami semua pengasih” Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia”. (Riwayat Tabrani)
 
Erti Cinta
“Kata pujnagga cinta letaknya di hati,  Meskipun tersembunyi, namun getarannya Nampak sekali.  Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus member kesan kepada tindakan.  Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.  Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin.  Inilah dahsyatnya cinta!” (Jalaluddin Rumi).
 
Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaiman seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilan cinta yang lebih dalam, lebih murni dan lebih abadi.
 
Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesame makhluk.  Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata kerana mencintai-Nya. 
 
Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 165, “Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mere mencintai Allah.  Sedangkan orang-orang yang bermian amat dalam (taat) cintanya kepada Allah”.

Pengurusan Cinta
Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala priority cintanya.  Urutan tertinggi perasaan cinta adalah seperti berikut:

  1. Allah SWT
  2. Rasulullah SAW

Cinta sesame makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu:

  1. Ibubapa
  2. Kaum kerabat
  3. Anak-anak yatim
  4. Orang-orang miskin
  5. Jiran tertangga yang dekat
  6. Jiran tertangga yang jauh
  7. Rakan sekerja
  8. Ibnu sabil (gologan berhak menerima zakat)
  9. Hamba sahaya

Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah.  Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

Perasaan cinta adalah abstrak.  Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata.  Diantara tanda-tanda cita seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir kerana dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya.  Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya.  Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud.  Betapa indahnya jalinan cinta itu!. 
 
Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” (Ibnu Qayyim al-Jauziah). 
 
Bukti Cinta
Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika dicintanya itu disambut oleh para pencinta palsu.  Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah.  Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita.  Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni. 
 
Ramai yang mengaku mencintai Allah dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diretima Allah tanpa ada bukti yang diberikan.  Contohnya ketika Allah menguji cintanya, denagn memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya.  Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya sang gadis itu akan lemah, lesu, sedih, kecewa dan terbaring sakit.  Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan. 
Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya.  Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justeru cinteanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya.  Itu semua adalah bentuk cinta palsu.  Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya. 
Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan.  Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini.  Hnay orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.
Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
‘Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu’ (Iman Nawawi).
Cinta Allah
Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih saying dan cinta Allah kepada hambanya yang berima.  Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahawa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya.  Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar terhindar daripada cinta palsu. 
Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.  Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiamullail, puasa sunat, membaca al-Quran dan menuntut ilmu.  Buah dariapada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insha Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya. 
 
Cinta dan kasih saying membawa kepada kebahagiaan.  Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih saying dan dunia pun akan aman dan damai. 
 
Kasih saying penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah.  Kasih kepada seorang saudara menceganya daripada menderhakai Allah, saying dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih sayang kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.  Itulah kasih sayang yang sejati. 
 
Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang.  Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah SWT. 
 
Begitulah petikan dari article yang aku baca, agak terkesan juga kepada aku sebenarnya.  Antara kesimpulan yang boleh aku huraikan ialah:
 
  1. Hidup dalam berkasih sayang membawa kepada keamanan masyarakat. 
  2. Cinta dan kasih sayang merupakan motivasi paling hebat dalam diri manusia. 
  3. Tanpa kasih dan sayang hidup tidak bermakna dan bahagia. 
  4. Suburkan kasih sayang sesame manusia dengan mengamalkan segala yang diredhai Allah SWT.

Jazakallah =)