Kuasa Cinta

Aku tertarik dengan article yang aku baca sambil melayari internet daripada panel penulis JAKIM (maaf aku tidak dapat memberi link sebab dah hilang sebab post ni merupakan draft yang berzaman aku simpan haha.
 
Rasulullah SAW bersabda: “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit ” (Riwayat Tabrani)
 
Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih saying.  Mereka berkata: “Kami semua pengasih” Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia”. (Riwayat Tabrani)
 
Erti Cinta
“Kata pujnagga cinta letaknya di hati,  Meskipun tersembunyi, namun getarannya Nampak sekali.  Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus member kesan kepada tindakan.  Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.  Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin.  Inilah dahsyatnya cinta!” (Jalaluddin Rumi).
 
Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaiman seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilan cinta yang lebih dalam, lebih murni dan lebih abadi.
 
Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesame makhluk.  Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata kerana mencintai-Nya. 
 
Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 165, “Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mere mencintai Allah.  Sedangkan orang-orang yang bermian amat dalam (taat) cintanya kepada Allah”.

Pengurusan Cinta
Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala priority cintanya.  Urutan tertinggi perasaan cinta adalah seperti berikut:

  1. Allah SWT
  2. Rasulullah SAW

Cinta sesame makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu:

  1. Ibubapa
  2. Kaum kerabat
  3. Anak-anak yatim
  4. Orang-orang miskin
  5. Jiran tertangga yang dekat
  6. Jiran tertangga yang jauh
  7. Rakan sekerja
  8. Ibnu sabil (gologan berhak menerima zakat)
  9. Hamba sahaya

Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah.  Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

Perasaan cinta adalah abstrak.  Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata.  Diantara tanda-tanda cita seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir kerana dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya.  Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya.  Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud.  Betapa indahnya jalinan cinta itu!. 
 
Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” (Ibnu Qayyim al-Jauziah). 
 
Bukti Cinta
Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika dicintanya itu disambut oleh para pencinta palsu.  Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah.  Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita.  Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni. 
 
Ramai yang mengaku mencintai Allah dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diretima Allah tanpa ada bukti yang diberikan.  Contohnya ketika Allah menguji cintanya, denagn memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya.  Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya sang gadis itu akan lemah, lesu, sedih, kecewa dan terbaring sakit.  Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan. 
Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya.  Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justeru cinteanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya.  Itu semua adalah bentuk cinta palsu.  Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya. 
Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan.  Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini.  Hnay orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.
Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
‘Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu’ (Iman Nawawi).
Cinta Allah
Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih saying dan cinta Allah kepada hambanya yang berima.  Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahawa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya.  Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar terhindar daripada cinta palsu. 
Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.  Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiamullail, puasa sunat, membaca al-Quran dan menuntut ilmu.  Buah dariapada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insha Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya. 
 
Cinta dan kasih saying membawa kepada kebahagiaan.  Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih saying dan dunia pun akan aman dan damai. 
 
Kasih saying penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah.  Kasih kepada seorang saudara menceganya daripada menderhakai Allah, saying dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih sayang kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.  Itulah kasih sayang yang sejati. 
 
Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang.  Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah SWT. 
 
Begitulah petikan dari article yang aku baca, agak terkesan juga kepada aku sebenarnya.  Antara kesimpulan yang boleh aku huraikan ialah:
 
  1. Hidup dalam berkasih sayang membawa kepada keamanan masyarakat. 
  2. Cinta dan kasih sayang merupakan motivasi paling hebat dalam diri manusia. 
  3. Tanpa kasih dan sayang hidup tidak bermakna dan bahagia. 
  4. Suburkan kasih sayang sesame manusia dengan mengamalkan segala yang diredhai Allah SWT.

Jazakallah =)

Kad Kredit vs Tunai – Pandangan peribadi

Aku setuju betul dengan apa yang rakan blogger MySham tentang tips beliau berkenaan penggunaan kad kredit vs tunai.  Memang betul kebanyakkan orang banyak bercakap supaya berbelanjan ikut kemampuan or spend within your means tetapi pada pandangan aku jika kita bijak berbelanja dan tahu macam mana nak manipulasi method atau instrument pembayaran yang ada why not?

Impulsive purchases memang akan wujud jika kita tidak ada disiplin dalam berbelanja, tetapi jika kita bijak menangani masalah ini aku rasa tiada masalah (i.e. amaun yang tertangguh perlulah dibayar tepat pada masa atau within masa yang diberikan) untuk mengelakkan interest yang melambung akan di kenakan contoh dari 13.5% terus ke 18%. Memang confirm sampai bila pun anda masih berhutang. 

Aku sudah mengalami zaman tidak bayar hutang kad kredit tepat pada masanya, betul aku memang menyesal dan dengan kerana itu aku susun strategi untuk habiskan juga outstanding balance yang ada iaitu tetap kan 15% from total outstanding every month, well at least it works for me..Alhamdulillah

Antara kelebihan penggunaan kad kredit ialah mata ganjaran yang berbagai nama (contoh Maybank, Treatpoints) digunakan oleh pihak bank.  Pilihlah, kemudahan mata ganjaran yang tidak ada tempoh luput (expiry) which kita boleh guna lagi sampai habis.  Mata ganjaran yang boleh digunakkan especially untuk barang yang bukan dalam kategori keperluan, macam ayah aku every year dia akan tebus periuk lah, beg travel, dan macam-macam lagi.  So how about being an intelligent consumer? for a change.

Bagi aku ada faedahnya pembayaran guna kad kredit ni sebab, kerja aku memerlukan aku untuk selalu outstation dalam dan luar negara.  Jadi untuk mengelakkan untuk membawa wang tunai yang banyak dan terjadi kecurian, eloklah cari satu medium untuk menggantikan wang tunai, tetapi awas! make sure yang kita ada cukup tunai untuk pembayaran balik di akhir outstation nanti.

Macam yang di-highlighted oleh brother MySham juga kad kredit juga boleh menjadi instrument untuk menunjukkan kepada pihak bank (bagi yang nak apply untuk berbagai jenis pinjaman) yang kita ni merupakan peminjam dan pembayar yang baik (good paymaster). Yang ini aku memang setuju.

Kad kredit ada keburukan dan kebaikan, tetapi jika kita disiplin dan tahu bagaimana nak gunakannya dengan betul sebagai satu payment instrument insha Allah boleh beri faedah kepada pengguna. 

The important thing discipline, make the purchase worth for you and live in moderation