[PENGALAMAN] NESCAFE GOLD BLEND Barista Machine: Kopi dalam sentuhan butang

Assalamualaikum,

Dengan NESCAGE GOLD BLEND Barista Machine, korang boleh menikmati kopi ala-kafe dengan hanya sentuhan butang. Tiada kapsul diperlukan hanya memerlukan serbuk kopi yang di beku-kering (freeze dried) dari siri NESCAGE GOLD.

img_0016
The box

Korang boleh dapatkan set ini di Lazada dengan harga promosi RM219 yang dibekalkan oleh Nescafe dengan kerjasama Lazada. Korang akan dapat mesin pembancuh kopi Nescafe Gold Blend Barista Style, 1 botol Nescafe Gold Blend 200g dan pek isian semula 170g dan mungkin susu UHT penuh krim Nestle seperti dalam gambar.

Aku beli set ni masa harga RM249 iaitu dapat 2 botol Nescafe Gold Blend 200g – terima kasi lovely wife =)

img_0018

Ini apa yang korang akan dapat dalam kotak ini.

Sebelum ni aku rasa yang kopi segera (instant coffee) ni rasa dia mendatar dan kurang aroma bila dibandingkan dengan kopi yang dibru di kafe-kafe. Sekarang, pandangan aku mungkin berubah sejak Nescafe memperkernalkan mesin NESCAFÉ® GOLD BLEND® Barista Style, mesin pembancuh kopi serba moden yang mengunakan serbuk kopi mudah larut (soluble) yang menawarkan pengalaman seperti menghirup kopi di kafe-kafe hanya dengan sentuhan butang.

Touch button
Mudah dengan sentuhan butang

Mesin yang mudah digunakan ini mampu menghasilkan kopi espresso dengan krim asli (crema), membawa sensasi rasa kopi sebenar. Sesuatu yang tidak dapat diberikan dengan kopi segera biasa.

Terdapat 5 jenis kopi yang boleh dipilih iaitu terbahagi kepada 2 kategori utama

Nescafe Gold Blend dan Susu Penuh Krim Nestle
Nescafe Gold Blend dan Susu Penuh Krim Nestle

Kopi Hitam

  1. Espresso (kopi hitam dengan sedikit air)
  2. Lungo (dua saiz Espresso)
  3. Americano (Espresso dengan campuran air yang sederhana banyak)

Kopi Susu

  1. Cappuccino (Espresso dengan air dan susu)
  2. Latte Macchiato (Espresso dengan air dan susu yang sederhana banyak)

The recipe

Mesin ini didatangkan dengan dua warna yang menawan iaitu Piano Black dan Metallic Red, aku punya Metallic Red, bukan sahaja memberikan kemudahan malah menambah seri kepada dapur di rumah aku yang memang sedia suram hahaha.

Bekas kopi yang boleh dibuka memudahkan isian semula dan mencuci selepas digunakan. Cara-cara untuk membersihkan dan troubleshoot ada diterankan dengan jelas di dalam manual yang mudah difahami. Pengguna digalakkan untuk mencuci mesin ini selepas beberapa kali penggunaan untuk mengekalkan prestasi dan mengelakkan mesin pembancuh tersumbat.

Buat masa ini, hanya 2 benda yang boleh dimasukkan kedalam mesin ini, serbuk kopi beku kering (freeze dried) dan air. Hanya produk NESCAFE GOLD yang boleh digunakan dalam sistem ini (aku akan cuba untuk gunakan serbuk kopi beku kering dari jenama lain) iaitu NESCAFE GOLD BLEND dan NESCAFE GOLD DECAFFEINATED (kafein dibuang).

Harga mesin ini pada pandangan aku adalah mampu milik kerana terletak di bawah paras RM300 dimana mesin pembancuh kopi menggunakan kapsul rata-rata berharga lebih RM500.

Aku mengesyurkan kepada peminat kopi yang mencari mesin pembancuh kopi yang mampu milik untuk mencuba mesin NESCAFÉ® GOLD BLEND® Barista Style.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dari laman rasmi NESCAFÉ® GOLD BLEND® Barista Style.

Happy Barista-ing!